Onimusha: Way of the Sword Capcom Menjual Lebih 1 Juta Unit pada Hari Pelancaran!

Released on: Wednesday, 09 Sep 2026 4:08PM

Table
Visual utama Onimusha: Way of the Sword


– Jumlah jualan keseluruhan siri melepasi 10 juta unit, didorong oleh judul baharu pertama dalam tempoh 20 tahun ini –
 
OSAKA, Jepun, 9 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) hari ini mengumumkan bahawa jualan seluruh dunia bagi Onimusha: Way of the Sword, judul terbaharu dalam siri tersebut, telah melepasi 1 juta unit pada hari pertama pelancarannya. Didorong oleh prestasi judul ini, jualan terkumpul bagi siri Onimusha kini telah melepasi 10 juta unit.

Onimusha: Way of the Sword, yang merupakan judul baharu pertama dalam siri tersebut dalam tempoh lebih 20 tahun, ialah permainan aksi pertarungan pedang berlatarbelakangkan Kyoto pada zaman Edo yang menampilkan Miyamoto Musashi sebagai protagonis. Judul ini mempertingkatkan aksi pertarungan pedang yang mendebarkan dalam siri tersebut dengan teknologi canggih, di samping menyajikan jalan cerita yang menarik serta gambaran visual yang indah. Selain itu, menerusi beberapa inisiatif pemasaran sebelum pelancaran, seperti penerbitan beberapa versi demo dan pameran yang membolehkan pengunjung mencuba sendiri permainan tersebut, Capcom berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelbagai golongan pengguna, yang mendorong jualan melepasi 1 juta unit pada hari pelancarannya.

Selain melancarkan judul baharu utama secara berkala setiap tahun, Capcom turut memberi tumpuan untuk mengaktifkan semula IP yang sudah lama tidak menampilkan judul baharu. Syarikat itu berusaha untuk terus memaksimumkan nilai korporat dengan memanfaatkan koleksi kandungannya yang luas, termasuk judul ini.

Maklumat tentang siri Onimusha

Siri Onimusha terdiri daripada permainan aksi pertarungan pedang yang membolehkan pemain memainkan peranan sebagai pahlawan dengan kuasa luar biasa Oni dan menentang raksasa yang berhasrat menguasai dunia. Jualan terkumpul siri permainan ini sejak judul pertamanya dilancarkan pada tahun 2001 telah melebihi 10 juta unit.

MAKLUMAT TENTANG CAPCOM

Capcom ialah peneraju global dalam pembangunan, penerbitan dan pengedaran hiburan interaktif untuk konsol permainan, PC serta peranti mudah alih dan wayarles. Ditubuhkan pada tahun 1983, syarikat itu telah menghasilkan ratusan permainan, termasuk francais perintis Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom beroperasi di A.S., U.K., Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporatnya terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut mengenai Capcom boleh didapati di: https://www.capcom.co.jp/ir/english/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260907554827/en

Hubungi

Bahagian Perhubungan Awam & Perhubungan Pelabur Capcom
+81-6-6920-3623
  
Sumber: Capcom Co., Ltd.

--BERNAMA
Back to Home