Star Wars Zero Company™ Kini Tersedia di PC, PlayStation 5 dan Konsol XBOX Series

Released on: Friday, 28 Aug 2026 11:58AM

Table
https://www.youtube.com/watch?si=7SYogg8ILAD3tUG3&v=AxAgeglgSeA&feature=youtu.be


Judul sulung Bit Reactor Menggabungkan Kedalaman Taktikal dan Keanggunan Sinematik untuk kisah Star Wars yang Baharu

Tonton Treler Terakhir untuk Menyaksikan Perkara yang Dipertaruhkan di Galaksi
 
REDWOOD CITY, Calif., 28 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Electronic Arts Inc. dan Bit Reactor, dengan kerjasama Lucasfilm Games, hari ini mengumumkan bahawa Star Wars Zero Company , sebuah permainan taktikal berasaskan giliran untuk pemain tunggal yang berlatarbelakangkan penghujung era Clone Wars™, kini tersedia untuk PC menerusi aplikasi EA, Steam dan Epic Games Store, serta konsol PlayStation®5 dan XBOX Series. DalamStar Wars Zero Company, bekas pegawai Republic, Hawks, dan Zero Company, sebuah skuad elit yang terdiri daripada profesional upahan dengan latar belakang luar biasa, direkrut oleh Republic Intelligence untuk melaksanakan satu operasi. Daripada bekas bangsawan hingga bekas banduan, mereka kini berkongsi satu misi: menghentikan Infinite Coil, sebuah kultus yang berpihak kepada Separatist, dan pemimpinnya Kundri Fathom sebelum Shadow Plague yang membawa maut menelan seluruh galaksi.

“Selepas bertahun-tahun kerja keras daripada pasukan kami yang luar biasa, Star Wars Zero Company akhirnya sedia untuk dilancarkan,” kata Pengarah Permainan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bit Reactor, Greg Foertsch. “Bagi pihak semua warga Bit Reactor, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemain atas sokongan dan semangat yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan ini. Kami amat berbangga dengan permainan ini dan tidak sabar untuk melihat Zero Company yang ANDA bina menerusi pilihan dan gaya permainan anda. Peluang untuk menghasilkan permainan Star Wars™ ini dengan kerjasama Lucasfilm Games benar-benar merupakan impian yang menjadi kenyataan.”

Pimpin ejen paling licik dalam Clone Wars menerusi operasi taktikal, penyiasatan dan pelbagai misi mendebarkan dalam sebuah kisah asli bergaya sinematik. Bina ikatan yang kukuh antara anggota skuad bagi membuka sinergi pertempuran baharu dan mengubah arus pertempuran. Sesuaikan pengkhususan tempur dan penampilan Hawks, kemudian lengkapkan pasukan dengan watak Star Wars asli dan watak ciptaan tersuai, termasuk penampilan, kelengkapan dan kebolehan mereka. Rancang strategi dan sesuaikan pendekatan anda sama ada di medan perang mahupun di pangkalan operasi, The Den, agar setiap tindakan memberi kesan. Star Wars Zero Company mencorakkan masa depan permainan taktikal berasaskan giliran dengan menggabungkan permainan strategik yang mendalam dengan keanggunan sinematik untuk menghasilkan pengalaman taktikal penuh debaran bertaraf blockbuster.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Bit Reactor dan EA dalam membawakan pengalaman taktikal yang mendalam, berlatarbelakangkan sisi lebih gelap dalam Clone Wars,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Lucasfilm Games, Douglas Reilly. “Pasukan Bit Reactor yang terdiri daripada veteran genre ini membawa perspektif baharu kepada judul sulung tersebut, menolak sempadan dan menghasilkan pengalaman tersendiri untuk peminat Star Wars. Kami tidak sabar untuk melihat pemain mengambil alih kepimpinan Zero Company dan menerokai kisah Star Wars autentik yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.”

Star Wars Zero Company kini tersedia di kedai runcit dan platform digital untuk PC menerusi aplikasi EA, Steamdan Epic Games Store serta untuk konsol PlayStation 5 dan XBOX Series. Edisi Digital Deluxe, yang menampilkan item kosmetik unik berinspirasikan era Clone Wars, tersedia pada harga runcit disyorkan (SRP) $59.99 untuk PC dan $69.99 untuk konsol. Edisi Collector’s pula tersedia pada harga runcit disyorkan $299.99 dan menampilkan Hasbro Black Series Thermal Detonator bertemakan Star Wars Zero Company, Steelbook, alas meja dan pelbagai item lain. Seiring dengan pelancaran permainan ini, runut bunyi Star Wars Zero Company yang menampilkan skor asli hasil gubahan komposer pemenang anugerah GRAMMY®, Gordy Haab, kini tersedia menerusi Walt Disney Records.

Ikuti EA Star Wars di X, Facebook, YouTube dan Instagram untuk mengikuti perkembangan terkini apabila maklumat lanjut diumumkan. Selain itu, sertai perbualan di pelayan EA Star Wars Discord rasmi kami.

ASET MEDIA TERSEDIA DI EAPressPortal.com

Maklumat tentang Bit Reactor

Bit Reactor, LLC ditubuhkan oleh pembangun permainan strategi berpengalaman sebagai sebuah studio permainan bebas yang mengutamakan pembangun, dengan matlamat untuk mencipta dan menyempurnakan pengalaman yang menggabungkan reka bentuk permainan, seni dan teknologi berteraskan semangat untuk menghasilkan sesuatu yang hebat. Pasukan berbakatnya terdiri daripada beberapa individu yang pernah terlibat dalam penghasilan judul terkenal dan memenangi anugerah seperti XCOM, Civilization, Gears of War, Elder Scrolls Online dan banyak lagi. Ikuti Bit Reactor di X, Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

Maklumat tentang Electronic Arts

Electronic Arts ialah peneraju global dalam hiburan interaktif digital. Syarikat membangun dan menyediakan permainan, kandungan serta perkhidmatan dalam talian untuk konsol yang disambungkan ke Internet, peranti mudah alih dan komputer peribadi.

Beribu pejabat di Redwood City, California, EA dikenali menerusi portfolio jenama berkualiti tinggi yang mendapat pujian kritis seperti EA SPORTS FC™, Battlefield™, Apex Legends™, The Sims™, EA SPORTS™ Madden NFL dan EA SPORTS™ College Football. Maklumat lanjut tentang EA tersedia di www.ea.com/news.

Lucasfilm, logo Lucasfilm, STAR WARS dan harta berkaitan ialah tanda dagangan dan/atau hak cipta Lucasfilm Ltd. dan/atau sekutunya di Amerika Syarikat dan negara lain. © & TM 2026 Lucasfilm Ltd. Hak cipta terpelihara.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260827012810/en

Hubungi

Elizabeth Jackson
Pengurus PR Global
ejackson@ea.com

Sumber: Electronic Arts Inc.

--BERNAMA


Back to Home