MAJLIS PRA PELANCARAN MALAYSIA INTERNATIONAL CRAFT FAIR 2026

Released on: Thursday, 13 Aug 2026 9:08AM

Table

Majlis Pra Pelancaran Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Diiringi oleh Yang Berbahagia Datuk Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC, Yang Berbahagia Dato' Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Yang Berusaha Encik Abdul Halim bin Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Timbalan Pengerusi Kraftangan Malaysia. 


KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) telah mengadakan Majlis Pra Pelancaran Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 12 Ogos 2026.
 
Turut hadir, Yang Berbahagia Datuk Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC dan Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC. Diiringi oleh, Yang Berusaha Encik Abdul Halim bin Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Timbalan Pengerusi Kraftangan Malaysia.
 
Penganjuran majlis ini bertujuan memperkenalkan Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 yang akan berlangsung selama 12 hari bermula pada 24 September hingga 5 Oktober 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
 
MICF 2026 menyasarkan 400 penyertaan yang merangkumi 300 usahawan kraf tempatan dari seluruh Malaysia serta 100 usahawan kraf antarabangsa daripada lebih 20 buah negara. Penyertaan ini dijangka membuka peluang jaringan perniagaan, kerjasama strategik dan penerokaan pasaran baharu antara pemain industri kraf tempatan dan antarabangsa.

Menariknya, MICF 2026 turut mengangkat keunikan seni kraf antarabangsa menerusi demonstrasi kraf daripada enam buah negara iaitu China yang mengetengahkan seni Ukiran Jade, New Zealand (Ukiran Maori), Uzbekistan (Jewellery Art), Sri Lanka (Beeralu Lace Work), Indonesia (Seni Kulit) dan India (Tarkashi Brass Inlay). Pengisian ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan secara langsung kepelbagaian teknik dan kehalusan seni kraf dari pelbagai negara. Manakala, demonstrasi kraf tempatan melibatkan 10 orang yang terdiri daripada Adiguru Kraf dan usahawan kraf.
 
Selain menawarkan pelbagai jualan produk kraf tempatan dari seluruh Malaysia, Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 bakal menyajikan pelbagai tarikan istimewa yang memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung. Antara pengisian yang disediakan ialah Pameran, Ekspresi dan Eksplorasi Kraf, Bicara Kraf Antarabangsa, Peragaan Fesyen Antarabangsa, Persembahan Kesenian dan Aktiviti Galakan Pengunjung. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik seperti Masakan Menu Tradisi, Pertandingan Reka Cipta Baju Kurung dan Baju Kebaya, Pertandingan Koir, Pertandingan Seni Kreatif Kompang, Treasure Hunt, Pertandingan Tarian Warisan Malaysia (Zapin dan Caklempong), Pertandingan Nyayian Warisan Malaysia, Persembahan Tarian Tradisional dan Kontemporari, Pertandingan Ratu Kebaya, Kejohanan Silat Seni dan Sayembara Dikir Barat.
 
Maklumat lanjut berkaitan Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 boleh layari www.micf.com.my  

SUMBER: KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nuraishah Ya
Tel: +6018 3844780
E-mel: nuraishah@kraftangan.gov.my 

--BERNAMA
Back to Home