Rombongan ekonomi dan perdagangan Hainan melawat Thailand, Indonesia bagi memperkukuh kerjasama

Released on: Monday, 03 Aug 2026 2:23PM

Table
Majlis Menandatangani MOU

HAIKOU, China, 3 Ogos, 2026 /Xinhua-AsiaNet/--

Satu rombongan ekonomi dan perdagangan dari Wilayah Hainan, China, telah menamatkan lawatan rasmi lima hari ke Thailand dan Indonesia pada 25 Julai. Dengan memberi tumpuan kepada kelebihan dasar Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, taman perindustrian utama dan peluang pelaburan, rombongan tersebut mengadakan sesi pertukaran dengan agensi kerajaan yang berkaitan, persatuan perniagaan dan perusahaan di Asia Tenggara, sekali gus memperluaskan lagi kerjasama perdagangan dan pelaburan di antara Hainan dan negara-negara ASEAN.

Di Bangkok, Persidangan Penggalakan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China (Hainan)-Thailand, yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Wilayah Hainan dan Lembaga Pelaburan Thailand (BOI), telah berlangsung pada 21 Julai dengan kehadiran kira-kira 200 orang wakil dari institusi di Thailand. Pada persidangan tersebut, wakil dari Zon Pembangunan Perindustrian Berteknologi Tinggi Kebangsaan Haikou dan Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Boao Lecheng masing-masing membentangkan dasar keutamaan dan rancangan perindustrian Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, manakala Timbalan Ketua Setiausaha BOI, Tanita Sirisup, memperkenalkan persekitaran perniagaan dan peluang pelaburan di Thailand.

Semasa acara tersebut, Jawatankuasa Wilayah Hainan, Majlis China bagi Penggalakan Perdagangan Antarabangsa (CCPIT Hainan), Dewan Perniagaan China bagi Perdagangan Antarabangsa Cawangan Hainan (CCOIC Hainan) dan Lembaga Perdagangan Thailand telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman, mewujudkan sebuah platform untuk pertukaran dan kerjasama perniagaan di antara perusahaan di kedua-dua belah pihak. Turut diadakan ialah majlis menandatangani bagi enam projek.

Dari 22 hingga 25 Julai, Ekspo Kerjasama Thailand-China 2026 telah berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT di Bangkok. Hainan telah menghantar 12 perusahaan untuk menyertai ekspo tersebut dan membuka Pavilion Hainan, di mana produk seperti kopi, barangan gaharu, produk berasaskan kelapa, makanan tropika dan hasil pertanian, serta rangkaian peptida kolagen dipamerkan, sekali gus memperkenalkan industri dan jenama Hainan yang unik kepada pasaran Asia Tenggara.

Sepanjang berada di Thailand, rombongan itu telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat termasuk Kumpulan Charoen Pokphand, Kumpulan TCP dan IFBH, meneroka peluang kerjasama dalam penyelidikan benih, pembangunan ibu pejabat rantaian bekalan serantau dan pemprosesan produk kelapa. Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Boao Lecheng turut menandatangani satu memorandum kerjasama dengan Universiti Chulalongkorn, bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan perubatan antarabangsa, pelancongan perubatan dan bidang lain.

Di Jakarta, Indonesia, rombongan itu telah melawat ke beberapa persatuan perniagaan tempatan termasuk Majlis Perniagaan Indonesia China dan Jawatankuasa Dua Hala China, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Indonesia (KIKT), selain menganjurkan Simposium Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China (Hainan)-Indonesia. Simposium itu dihadiri oleh syarikat-syarikat seperti Indonesia National Investment Company, Yali Group, Lin's Group dan KML Seafood Group, dengan perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama di dalam sektor pertanian, farmaseutikal, ekonomi digital dan sektor lain.

Lawatan ke Asia Tenggara ini terus memperluaskan lagi rangkaian kerjasama antarabangsa bagi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan selain membuka peluang baharu untuk memperdalam pertukaran ekonomi dan perdagangan serta memajukan kerjasama perindustrian di antara Hainan dan rakan-rakan ASEAN.

Sumber: Jawatankuasa Wilayah Hainan, Majlis China bagi Penggalakan Perdagangan Antarabangsa

--BERNAMA 
Back to Home