Generali Malaysia Memperkukuh Kehadirannya di Sabah dan Sarawak Menerusi Inisiatif Penyatupaduan Cawangan

Released on: Thursday, 30 Jul 2026 12:51PM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Generali Malaysia telah berjaya menyempurnakan proses penyelarasan cawangannya di seluruh negara yang telah dilaksanakan sejak  suku keempat 2023, termasuk lokasi-lokasi utama di Sabah dan Sarawak. Pencapaian ini menandakan satu detik penting dalam usaha transformasi syarikat, memperkukuh kesepaduan operasi, meningkatkan pengalaman pelanggan, serta mengukuhkan kehadiran jangka panjang Generali Malaysia di Sabah dan Sarawak.
 
Susulan penyempurnaan proses integrasinya  pada tahun lalu, Generali Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.99% dalam Premium Bertulis Kasar (GWP) di dalam pasaran Sabah dan Sarawak, mencerminkan peningkatan permintaan terhadap perlindungan insurans serta penglibatan pelanggan di rantau ini. Prestasi yang positif ini turut disokong oleh pertumbuhan ekonomi serantau  yang memberangsangkan, didorong oleh peluasan koridor pembangunan, pertumbuhan pesat perusahaan kecil dan sederhana, serta peningkatan aktiviti komersial.
 
Sebagai sebuah pasaran yang strategik bagi Generali Malaysia, syarikat telah menaik taraf serta memodenkan enam cawangan utamanya di Kuching, Kota Kinabalu, Miri, Sibu, Sandakan dan Tawau. Langkah ini bertujuan memperkukuh sokongan kepada perniagaan tempatan, melindungi tenaga kerja serantau, di samping meningkatkan daya tahan komuniti. Cawangan-cawangan yang diperbaharui ini menawarkan ruang pelanggan yang lebih moden, kemudahan akses yang lebih baik, serta titik sentuh pelanggan yang dipertingkat bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang lebih dekat dengan keperluan pelanggan.
 
“Di Generali Malaysia, matlamat kami jelas, iaitu untuk sentiasa bersama pelanggan kami pada saat-saat penting dalam kehidupan mereka. Kami terus memperkukuh kehadiran kami di Sabah dan Sarawak kerana kami yakin dengan potensi besar rantau ini, kekayaan budaya, momentum pertumbuhan ekonomi, serta daya tahan komunitinya. Cawangan-cawangan yang dinaik taraf ini membolehkan kami menyediakan pelan perlindungan yang lebih pantas, lebih mudah diakses serta lebih dekat dengan keperluan  masyarakat setempat,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Pengurus Besar bagi Entiti Generali di Malaysia.
 
Selaras dengan usaha memodenkan kehadirannya bagi meningkatkan akses kepada perlindungan insurans serta menyokong pembangunan serantau yang mampan untuk jangka panjang, Generali Malaysia turut mengumumkan pelantikan Clement Yong sebagai Pengurus Cawangan Kuching yang baharu. Kepimpinan dan pengalaman beliau di barisan hadapan dijangka  akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta hubungan pelanggan di rantau ini.
 
Untuk maklumat lanjut berkaitan lokasi cawangan dan waktu operasi, sila layari www.generali.com.my

SUMBER: Generali Insurance Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Perhubungan Media
Nama: Sheena Ho                           
E-mel: sheena.ho@generali.com.my
 
Nama: Samantha David:                   
E-mel: samantha.david@generali.com.my 

--BERNAMA
Back to Home