Generali Malaysia Dinobatkan sebagai Penanggung Insurans Am Antarabangsa Terbaik - Malaysia untuk Tahun ke-4 Berturut-turut

Released on: Thursday, 23 Jul 2026 5:10PM

Table
Generali Malaysia telah dinamakan sebagai Penanggung Insurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia di Anugerah Insurans Asia 2026, menandakan tahun keempat berturut-turut ia menerima pengiktirafan berprestij tersebut.

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Generali Malaysia telah dinamakan sebagai Penanggung Insurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia di Anugerah Insurans Asia 2026, menandakan tahun keempat berturut-turut ia menerima pengiktirafan berprestij tersebut. Pengiktirafan ini mencerminkan kepimpinan berterusan Syarikat dalam memacu pertumbuhan yang mampan, keunggulan operasi, inovasi berteraskan pelanggan, serta impak sosial yang positif.
 
Sepanjang tahun lalu, Generali Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran dengan meningkatkan kecekapan operasi, susulan kejayaan usaha integrasi perniagaannya. Antara pencapaian utamanya ialah penyatuan tenaga kerjanya di Menara Generali serta penyempurnaan proses penyelarasan cawangannya di seluruh negara, sekaligus mewujudkan sebuah organisasi yang lebih cekap dalam menawarkan pengalaman yang lebih pantas, lebih mudah dan lebih konsisten kepada pelanggan serta rakan pengedaran. 

“Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini untuk tahun keempat berturut-turut. Kejayaan ini mencerminkan dedikasi warga kerja kami serta kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dan rakan kongsi kepada kami. Selain menyediakan perlindungan, kami kekal komited untuk menyokong komuniti, mempromosikan kelestarian, serta membawa perubahan yang bermakna dalam kehidupan rakyat Malaysia hari ini serta generasi akan datang,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Pengurus Besar bagi Entiti Generali di Malaysia.
 
Melangkaui prestasi perniagaan, Generali Malaysia terus memperkukuh peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dengan mewujudkan impak sosial dan alam sekitar yang berterusan. Melalui The Human Safety Net (THSN), Syarikat telah berjaya meluaskan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak, pemakanan dan sokongan keluarga, sekali gus memberikan impak positif kepada ratusan keluarga yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Inisiatif komunitinya turut merangkumi usaha pemuliharaan alam sekitar, termasuk pemulihan hutan bakau dan kerja-kerja pembersihan kawasan pantai. Pada masa yang sama, amalan tempat kerja yang mampan membolehkan Menara Generali memperoleh pensijilan LEED Gold dan GreenRE Silver, manakala cawangannya di Pulau Pinang menjadi cawangan pertama dalam rangkaiannya yang menerima Pensijilan Pejabat Hijau Pulau Pinang.
 
Syarikat ini juga terus memacu amalan insurans yang bertanggungjawab dengan meningkatkan kebolehcapaian melalui Kempen Subsidi Motor Prihatin, menerbitkan Laporan Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim yang pertama, serta bekerjasama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) untuk memperkukuh daya tahan iklim bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menerusi penambahbaikan Rangka Kerja Pencegahan Kerugian PKS.
 
Generali Malaysia juga terus mempertingkat pengalaman pelanggannya dengan menerapkan maklum balas mereka dalam proses keputusan perniagaan menerusi penubuhan Customer Experience Council dan Cloopers Network dalam operasinya. Syarikat juga mempercepat transformasi digital menerusi keupayaan berteraskan AI dalam pengunderaitan, tuntutan dan khidmat pelanggan bagi menambah baik kecekapan dan respons.
 
Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan Generali Malaysia sebagai Lifetime Partner yang dipercayai, dan membuktikan bahawa prestasi kewangan yang kukuh, amalan perniagaan yang bertanggungjawab, serta inovasi berteraskan pelanggan boleh bergerak seiring dalam mencipta kejayaan yang mampan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.generali.com.my

SUMBER: Generali Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Perhubungan Media
Nama: Sheena Ho
Emel: sheena.ho@generali.com.my

Nama: Samantha David
Emel: samantha.david@generali.com.my

--BERNAMA 
Back to Home