CIMB memajukan keterangkuman kewangan melalui kad kredit CIMB Lite-i; memperluaskan akses kredit mampu milik untuk rakyat Malaysia

Released on: Tuesday, 07 Jul 2026 1:51PM


Table
Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CIMB Group 


Ciri-ciri kad kredit termasuk tiada yuran tahunan, kadar keuntungan lebih rendah, keuntungan tidak dikompaun, kadar pendahuluan tunai rendah dan struktur yang ringkas

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB”) hari ini mengumumkan kad CIMB Lite-i (“Kad”) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kad tersebut merupakan sebuah kad kredit praktikal dan mampu milik yang direka untuk memudahkan akses untuk pengguna bagi mengurus perbelanjaan harian dan keperluan aliran tunai jangka pendek. 

Dijangka tersedia menjelang Oktober 2026, Kad ini direka khusus untuk pengguna yang memerlukan kemudahan kredit yang ringkas, mampu milik tanpa ciri tambahan yang tidak diperlukan. Antara ciri utamanya termasuk kadar keuntungan yang lebih rendah, keuntungan tidak dikompaun, tiada yuran tahunan, serta pilihan pembiayaan yang lebih menjimatkan dengan caj yang lebih rendah menjadikan kemudahan kredit lebih mudah diakses dan diurus bagi segmen masyarakat yang lebih luas.

Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CIMB Group berkata, “Sebagai bukti dedikasi CIMB terhadap matlamat kami untuk memperkasakan pelanggan dan masyarakat atau Advancing Customers and Society, CIMB komited untuk menambahbaik akses kepada perkhidmatan kewangan serta membantu rakyat Malaysia membina daya tahan kewangan yang lebih kukuh. Kad kredit CIMB Lite-i memenuhi keperluan pasaran yang semakin meningkat terhadap penyelesaian kredit yang praktikal dan berkos rendah. Kad kredit baharu ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam membantu rakyat Malaysia mengurus keperluan kewangan harian dengan lebih baik. Kad ini juga melengkapi usaha CIMB yang lebih menyeluruh dalam meningkatkan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia melalui inisiatifinisiatif yang berfokuskan pelanggan, termasuk Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS, Solusi Pembiayaan Kereta Pertama, Akaun Gaji bersama perlindungan Takaful, serta pengecualian fi bagi pengeluaran antara bank.”

Kad ini juga ditawarkan tanpa yuran tahunan dengan kadar keuntungan lebih rendah pada 14% setahun merentasi semua peringkat berbanding kadar lazim industri, termasuk kadar keuntungan yang lebih rendah bagi pendahuluan tunai. Seperti semua kad kredit Islamik CIMB yang 2 berasaskan konsep Tawarruq, kad kredit CIMB Lite-i menggunakan kaedah keuntungan tidak dikompaun. Seperti kad-kad kredit yang lain, pelanggan tidak akan dikenakan kadar keuntungan sekiranya mereka menjelaskan sepenuhnya baki tertunggak sebelum tarikh akhir pembayaran. Kad ini turut menawarkan had kredit yang bersesuaian dengan profil pemegang kad bagi memenuhi keperluan perbelanjaan harian, di samping menggalakkan penggunaan kredit secara berhemat.

Haniz Nazlan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan, CIMB berkata, “Terdapat segmen pelanggan yang tidak memerlukan ganjaran premium atau faedah gaya hidup. Mereka hanya memerlukan kemudahan kredit yang boleh dipercayai dan mampu milik untuk mengurus perbelanjaan harian, menampung keperluan aliran tunai jangka pendek, serta membina profil kredit yang sihat. Kad kredit CIMB Lite-i direka khusus untuk segmen ini. Di CIMB, kami percaya akses kepada kemudahan kewangan tidak seharusnya menjadi keistimewaan yang dikhaskan untuk segelintir pihak sahaja. Keterangkuman kewangan bermaksud memastikan lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya yang ingin bermula untuk membina asas kewangan, mendapat akses kepada kemudahan kewangan yang selamat, mampu milik dan praktikal yang membantu membina kestabilan dan daya tahan kewangan jangka panjang.”

Kad kredit CIMB Lite-i mencerminkan janji jenama Bank “Moving You Forward” dalam memperkasa pelanggan dan masyarakat untuk membina kestabilan kewangan serta melibatkan diri dalam ekonomi dengan lebih yakin. Pelancaran Kad ini mengukuhkan aspirasi menyeluruh CIMB untuk memperkasakan individu serta membantu perniagaan melalui kemudahan kewangan yang mudah diakses dan bermakna . Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cimb.com.my/creditcard.

Tentang CIMB 

CIMB Group merupakan sebuah institusi perbankan ASEAN yang terkemuka dan penyedia perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia, mengikut aset. Disenaraikan di Bursa Malaysia melalui CIMB Group Holdings Berhad, CIMB mempunyai permodalan pasaran sekitar RM81.6 bilion setakat 31 Mac 2026. CIMB menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan pengguna, perbankan komersial, perbankan borong, perbankan transaksi, perbankan Islam dan pengurusan aset. Berpusat di Kuala Lumpur, CIMB beroperasi di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Filipina.

Di luar ASEAN, CIMB Group turut beroperasi di pasaran China, Hong Kong dan UK. CIMB mempunyai salah satu rangkaian cawangan perbankan yang terluas di ASEAN dengan 545 buah cawangan dan sekitar 33,000 orang pekerja setakat 31 Mac 2026. Unit perbankan pelaburan CIMB merupakan salah sebuah bank pelaburan terbesar yang berpusat di Asia Pasifik, bersama dengan unit perbendaharaan & pasaran dan perbankan korporat yang dinobatkan anugerah yang membentuk francais perbankan borong terkemuka Kumpulan. CIMB juga memegang 91.45% saham di Bank CIMB Niaga, Indonesia dan 94.83% saham di CIMB Thai, Thailand.

SUMBER: CIMB Group Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Tammy Toh / Kelvin Jude Muthu
Kumpulan Komunikasi Korporat
CIMB Group Holdings Berhad
E-mel: tammy.toh@cimb.com / kelvinjude.muthu@cimb.com 

--BERNAMA
Back to Home